Jumaat, 16 Disember 2011

Isi Kandungan Bagi Topik Yang Dipilih


Jenis-jenis Puasa

Terbahagi kepada 4 iaitu :

( 1 ) Puasa Fardhu Bulan Ramadhan

       - Puasa yang difardhukan pada setiap bulan Ramadhan ke atas semua
         umat Islam.

( 2 ) Puasa Sunat

       - Puasa bagi menambahkan amalan soleh dengan tujuan untuk mendekatkan diri
          kepada Allah Taala.
       - Contoh : Puasa sunat bulan Syawal, puasa dibulan Rejab,puasa hari Isnin ,   
          Khamis dan lain-lain.

( 3 ) Puasa Qada'

       - Puasa yang wajib ditunaikan kerana menggantikan puasa yang ditinggalkan pada
         bulan Ramadhan.

( 4 ) Puasa Nazar

       - Puasa yang wajib ditunaikan apabila telah berniat hendak melakukannya
         dengan sebab mencapai sesuatu cita-cita yang diharuskan oleh syarak.
         
       - Contoh : ( i ) Berjaya dalam peperiksaan.
                       ( ii ) Berjaya mendapat pekerjaan yang diinginkan.

( 5 ) Puasa Kifarah

       - Puasa yang wajib ditunaikan sekiranya seseorang itu telah melakukan
          perkara-perkara berikut :
         ( i )  Bersetubuh disiang hari pada bulan Ramadhan dalam keadaan ia
                masih berpuasa.
         ( ii ) Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan
                semasa ihram.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, isi yang mantap untuk kita jadikan sumberdidalam pengajaran dan pembelajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa hukumnya bagi orang yg puasa nazar tetapi tidak dilaksanakan dengan segera?

      Padam