Jumaat, 16 Disember 2011

Soalan Latihan Berbentuk Objektif


( 1 ) Jenis-jenis puasa terbahagi kepada       berapa bahagian ?

       ( a ) 4
       ( b ) 5
       ( c ) 2
       ( d ) 6




( 2 ) Diantara berikut yang manakah contoh-contoh puasa sunat.

       ( a ) Puasa di bulan Ramadhan.
       ( b ) Puasa kerana berjaya dalam peperiksaan.
       ( c ) Puasa bulan Syawal, bulan Rejab, puasa hari Isnin , Khamis.
       ( d ) Puasa kerana mendapat pekerjaan yang diingnkan.

( 3 ) Sebelum menduduki peperiksaan semester akhir Khulfah telah bernazar dia akan
       berpuasa 3 hari jika dia lulus dengan cemerlang.
       Apabila keputusan peperiksaan diumumkan Khulfah telah mendapat keputusan
       yang cemerlang. Jadi Khulfah pun melakukan puasa seperti mana yang dinazarkan.
      Apakah jenis puasa yang dilakukan oleh Khulfah itu.
      
       ( a ) Puasa Qada'
       ( b ) Puasa Kifarah
       ( c ) Puasa Nazar
       ( d ) Puasa Sunat

Bacaan tambahan,


i. Jenis-jenis puasa 
ii.  Soal Jawab Puasa
iii. Puasa-puasa sunat amalan Rasulullah

Aktiviti Perbincangan

( 1 ) Aktiviti Satu

       Di dalam satu kumpulan yang ( 4-5 )
       orang senaraikan jenis-jenis
       puasa yang telah dipelajari

( 2 ) Aktiviti Dua

       Di dalam satu kumpulan ( 4-5 ) orang
       bincangkan tentang pengertian :

       ( a ) Puasa Fardhu Bulan Ramadhan
       ( b ) Puasa  Sunat
       ( c ) Puasa Qada'
       ( d ) Puasa Nazar
       ( e ) Puasa Kifarah

( 3 ) Aktiviti Tiga

       Di dalam satu kumpulan ( 4-5 ) orang buat peta minda yang berkaitan dengan
       jenis-jenis puasa.
      


Isi Kandungan Bagi Topik Yang Dipilih


Jenis-jenis Puasa

Terbahagi kepada 4 iaitu :

( 1 ) Puasa Fardhu Bulan Ramadhan

       - Puasa yang difardhukan pada setiap bulan Ramadhan ke atas semua
         umat Islam.

( 2 ) Puasa Sunat

       - Puasa bagi menambahkan amalan soleh dengan tujuan untuk mendekatkan diri
          kepada Allah Taala.
       - Contoh : Puasa sunat bulan Syawal, puasa dibulan Rejab,puasa hari Isnin ,   
          Khamis dan lain-lain.

( 3 ) Puasa Qada'

       - Puasa yang wajib ditunaikan kerana menggantikan puasa yang ditinggalkan pada
         bulan Ramadhan.

( 4 ) Puasa Nazar

       - Puasa yang wajib ditunaikan apabila telah berniat hendak melakukannya
         dengan sebab mencapai sesuatu cita-cita yang diharuskan oleh syarak.
         
       - Contoh : ( i ) Berjaya dalam peperiksaan.
                       ( ii ) Berjaya mendapat pekerjaan yang diinginkan.

( 5 ) Puasa Kifarah

       - Puasa yang wajib ditunaikan sekiranya seseorang itu telah melakukan
          perkara-perkara berikut :
         ( i )  Bersetubuh disiang hari pada bulan Ramadhan dalam keadaan ia
                masih berpuasa.
         ( ii ) Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan
                semasa ihram.

Objektif Pembelajaran


Untuk Mengetahui Tentang :

( a ) Pengertian puasa dari segi bahasa dan syarak
( b ) Hukum puasa
( c ) Tujuan disyariatkan puasa
( d ) Tujuan dan matlamat berpuasa
( e ) Dalil wajib berpuasa
( f ) Cara-cara menentukan awal bulan Ramadhan
( g ) Rukun-rukun puasa
( h ) Syarat-syarat wajib dan sah puasa
( i ) Jenis-jenis puasa
( j ) Perkara-perkara yang membatalkan puasa
( k ) Adab-adab berpuasa




Tujuan Blok Dihasilkan

Untuk memberi pengetahuan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Puasa